Tuesday, December 28, 2010

***iMbaSaN [2[0][1][0]***

erm..sepanjang tahun 2010 ni macam2 yg terjadi dalam hidup cik Farah. ada suka..ada duka..
biasalah tu. adatkan.
nak mulakan dgn apa dulu yek?
ok2 mulakan dgn Bismillah...



1. Di REMOVED AS FRIEND oleh seorang kawan kat fb. (bukan kawan lagi buat masa skrang ni).


2. Pertama kali beraya sebagai seorang pekerja. (baru rasa pentingnya cuti raya)


3. Dua kali poie ke Cameron Highland ( second time poie hanya utk a cup of tea sbb hotel semua penuh so terpaksa turun balik n terus pulang ke Kulim)


4. Sangat kerap keluar bersosial, lepak-lepak, minum-minum, gelak-gelak, kutuk-kutuk, paku-paku, makan-makan, buang masa. (agak kurang bersosial pada 2 bulan terakhir 2010)



5. Mendapat teguran daripada seorang sahabat lama bahawasanya cik Farah dah banyak berubah dari segi tutur kata dan percakapan. tidak sesopan dulu. (ok sekarang dah diubah kembali, thanks sahabat)



6. Hampir berjaya menawaf satu semenanjung Malaysia. (KL-Johor), (KL-Melaka), (KL- Pahang-Terengganu-Kelantan)* N9 lalu je kira ok la kan. Penang,Perak n Kedah xyah kira aa.



7. Sangat kerap meng-order Cupcake utk kawan2 n family members. ( hampir 10 pesanan yg dibuat)



8. Mendapat banyak pengajaran tentang hal2 persahabatan (layakkah di gelar persahabatan?)
kawan time senang, lepak2, minum2, sembang2, gosip2 mmg ramai. kawan time susah n sgt memahami, satu dalam sejuta. sgt bertuah if u have one.



9.Berjaya membaca sebuah buku hingga habis. (Membongkar Misteri Dajjal)



10. Diduga dgn Manusia Durjana.



11. Berjaya menurunkan berat badan walaupun sedikit (tp after that naik balik pulak! haha )



12. Baru tau rupa2nya ada juga manusia kat dunia ni secara amnya dan di malaysia secara khususnya yang menggunakan nickname yg sama dgn cik Farah : katakbiru. x sangka ada jgk org yang mempunyai minat dan citarasa yang sama dgn cik Farah. Jodoh la kot kan =P



and yg last sekali mestilah :



13. Pakai BRACES!!
(impian / cita2 sejak sekian lama akhirnya berjaya di capai.....Thank You Allah)
*pakai braces pon kecoh kan? yelah, mahal! cik Farah mana mampu. 
skrg bru berkemampuan skit.





dalam banyak2 gambar sepanjang tahun 2010 ni,
pic ni cik Farah paling suka.
super duper LIKE.
sgt c0meL!


terima kasih Mr. ErwanHafizi.
jasamu dikenang.
iye saya tahu copyright tetap hak Encik Bangla Hensem.
:D :D :D




nota kaki : list ini jek yg dapat dipikirkan dikala kebosanan ni. Semoga tahun 2011 akan memberi lebih kebahagian, kesenangan, keceriaan, keseronokkan kepada kita semua. May God Bless all of Us. Semoga jgk Putera Katak masuk meminang cik Farah :D


No comments:

Post a Comment