Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts
Showing posts with label jiwa kacau. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

"macam xdak life ja...."

aritu (ari apa tah di bulan june) cikFarah ada lepak2 dgn member2 setelah sekian lama jugak la tidak melepak sejak2 dh start keja kat teskoo kulim..hampir tiga purnama rasanya..

babak seterusnya :
bila dah lama x jumpa biasalah..tanya macam2..tanya perkembangan dan pengecutan masing-masing..tetiba one of my friend cakap :
"hang macam mana lani?keja ok ka...macam xdak life ja aku tgk"

cikFarah gelak ja dalam hati bila dgr member ckp mcm tu
hikhikhihikhik

cuba tatapi dan hayati gambar-gambar di bawah dan nilaikan..adakah saya kelihatan persis seorang Loser?
Let the pictures speak for themselves!
and
Let the pictures speak the language of Love~







like.like.like


tangan kingkong manyak bulu..hihihi





 i love this flowers so damm much!



 skodeng 1



 jampi serapah


 like this picture so damm much!


 I Love You!!
 (to those who love me only)


skodeng 2





Love is like the wild-rose briar;
Friendship is like the holly-tree.
The holly is dark when the rose briar blooms,
But which will bloom most constantly?
~Emily Brontë


you decide babe~~~




disclaimers : post ini tiada unsur perli memerli :)




nota kaki : thank you to my beloved boyfriend for the wonderful day and for the very very very nice pictures~
(ewah..mcm aku sorang ja yg ada boipren ekkk..kuikuikui)







Monday, June 20, 2011

Monday, June 13, 2011

Wake Me Up When June Ends


secara ikhlas dan jujur aku x suka bulan June ni..banyak sangat dugaan,rintangan,halangan,dilema dan segala macam benda2 negative yang perlu dihadapi..
dari perihal kerja, personal life, job hunting, interview, private life, etc etc etc etc etc
erghhhhhhh! tekanan perasaan terlampau tau dak?
so
please wake me up when September June ends 


:(   :(   :(

Monday, June 6, 2011

Suami Tak Gentleman Langsung!

kenapa suami/laki orang bila nak tekel or ngorat awek awek yang hot n gojes (mcm saya) selalu mengutuk bini sendiri? sangat tidak gentleman ok?
sekarang time nk tekel aku engkau kutuk bini engkau,esok lusa tulat tungging time engkau nak tekel org lain pulak engkau kutuk aku lak kan kan kan?
kenapa baru sekarang nak cakap bini engkau kuat jeles la.. x pandai itu..x pandai ini.. bla bla bla bla bla
nape time sebelum kahwin tu engkau x amek kira suma aspek tu...memang la org cakap time bercinta semua elok jer...bila dah kahwin baru tahu perangai sebenar...so dah tahu flow nye begitu so kenapa x expect begitu jugak?
masa nk kahwin tu jgn lah expect bini engkau tu manusia paling perfect in the world..kalau dah agak2 x boleh terima sesuatu tentang bakal bini engkau, x payah lah kahwin..bukan bini engkau yg nak lafaz akad nikah nya. engkau sebagai lelaki yang akan lafaz sebab tu tanggungjawab engkau sebagai ketua keluarga berat n besar.
kutuk - kutuk bini pom pang pom pang pun anak dah nak masuk dua orang..siap tgh pregnant tu..
wtf?

-__-

nota kaki : x payah nak tacing-tacing lebih, engkau tu ada anak, ada bini, ada anak dlm perut..n im not yours~



Thursday, June 2, 2011

Kota Kasih Yang Terbina Semakin Rebah

penghujung waktu biarkan berlalu. apalah yang mampu kita ratapi lagi apabila kota kasih yang terbina semakin rebah ditiup angin kejauhan. sudah-sudahlah merenung masa indah sedang dia tidak pernah endah walau sepatah mengkhabarkan madah berbalutkan resah semakin kumal dalam kain gundah. apalah yang mampu kita ratapi lagi apabila pagar harap yang terpancang semakin reput di benam kealpaan. cukup-cukuplah bercerita mengimbau masa gembira sedang dia tidak pernah suka bahkan memberikan harapan lara berlatarkan mega duka penghujung titik terpadam segala. apalah yang mampu kita ratapi lagi apabila seri pelangi mewarnai langit diri hilang dalam hujan tegar sepi.


siang tadi waktu kerja time2 aku tgh mengalami tekanan perasaan melampau dapat pulak SMS jiwang dari sorang mamat yang kompom memang jiwang..SMS nya bila dibaca berbunyi seperti di atas..sender nya memang aku x kenal then aku dgn semangat waja nya reply balik :

Who are you?

then lama jugak baru dia reply :

Aku AJ!

ape - ape aje lah AJ oiii..ni mesti kes silap send..nak send kat org lain tp tersend kat aku...sian AJ..awek dia dah lupa sama dia nie...sabar ye AJ ye.....



Saturday, March 19, 2011

Its called Karma~

hahahahahahahahaha!
mula-mula nak gelak sepuas hati.
lucu melihat ragam manusia sekarang ini.
entah macam mane la gamaknya manusia zaman sekarang berfikir. 
entah-entah x berfikir kot sebelum take apa-apa action.
senang jer kan, tiba-tiba engkau layan aku macam sampah!
semua tempias perasaan-perasaan engkau aku kena.
dengan tiada secalit kesalahan pon di pihak aku 
(mestilah bg aku, aku x salah tp mmg aku x salah pon!)

dan tiba-tiba engkau muncul seperti tiada apa yang berlaku.
seperti tiada langsung kekhilafan di pihak engkau
seperti tiada langsung rasa bersalah dilubuk hati
seperti nothing~

tetapi,
sorry, im not the type of that lady.
seperti pelampung yang digapai bila diperlukan tetapi dibiar bergelimpangan diserata tempat ketika hidup engkau 'sangat bahagia' bersama si burung kakak tua.


I sacrifice the things I want to and do things for you
But when it's time to do for me, you never come through

Now you, wanna be a bond of me
Now you, have so much to say to me
Now you, wanna make time for me 
What you do to me.
You confusin me
Don't play with me 
Don't play with me.
Cause what goes around, comes around. 
What goes up, must come down.
Now who's cryin, desirin to come back to me
What goes around, comes around. 
What goes up, must come down.
Now who's cryin, desirin to come back??!


ask yourself!


like Alicia Keys said before :
It's called Karma baby~~~~

gotcha!



Wednesday, March 16, 2011

Kelantan, im in L♥VE~

sila baca title entry dengan nada Eiffel, im in l♥ve.

officially im in L♥VE with this photographer.

bukan camera mahal nikon nya yang dirindui
bukan susuk tubuh comel nya yang dirindui
bukan skill mengambil gambar nya yang dirindui
bukan kulit putih nya yang dirindui
bukan mata sepet nya yang dirindui

tetapi


senyum:)n dan gelak tawa nya yang terpahat di hati ♥


adakah ini nama nya cinta pandang pertama?

yes, he's Kelantanese.  



mode : meroyan

HAHA!


Friday, March 4, 2011

ignore

kadang-kadang ignorance is bliss.
maaf kerana ignore kamu lately but deeply in my hert, i miss you so damm much!
oh my encik Bangla Hensem
:)

Saturday, February 19, 2011

NAFSU : Halal vs. Haram

hmm..semua manusia ada nafsu kan. x kira lah nafsu makan ke, nafsu tido ke..nafsu ape lg ek. lupa dah.
tp cite kali ni tentang nafsu serakah. betul ke nafsu serakah? entah tp maksud aku disini ialah nafsu antara lelaki dan perempuan. 

nafsu antara lelaki dan perempuan yg masih belum berkahwin adalah haram. kan? makne nya x boleh la nk sentuh2 kalau bukan dgn muhrim. tp kamon la zaman sekarang ada ke couple yg x pernah bersentuh langsung? walaupun sedikit. cuba realistic sikit. heh.

nafsu antara  lelaki dan perempuan yg dh berkahwin pulak halal sebab dah ada ijab dan kabul nya. so suka hati lah nak buat ape pon, bersentuh ke tersentuh ke menyentuh ke, terpulang. 

kadang-kadang aku terfikir, orang yang berkahwin pada zaman sekarang ni adakah dey all dah betul-betul bersedia utk berkahwin atau pon sekadar nak menghalalkan nafsu yg haram sahaja. mmg dalam islam pon dituntut supaya wajib berkahwin bg yg sudah tidak dapat mengawal nafsu.
tp pada pandangan mata kasar aku berdasarkan apa yg terjadi disekeliling aku, ramai yg kahwin atas dasar nafsu sahaja. faktor tanggungjawab dan komitmen selepas berkahwin x dititikberatkan. mebi ni salah satu punca penceraian semakin meningkat.

senang cakap, orang nk kahwin engkau pon sebuk nak kahwin sbb terlalu ikutkan perasaan/nafsu -x habes pikir/pikir x panjang/pikir pendek. then bila dah kahwin dua tiga tahun, dh puas memuaskan nafsu mula la timbul rasa bosan dgn pasangan masing-masing. rasa gitu, rasa gini.
yes, kadang-kadang aku assume manusia ni kahwin sebab nafsu semata-mata. memang nafsu/seks is a apart of marriage tp faktor-faktor lain pon harus di ambil kira jugak dlm perkahwinan ni. kan?

so, kahwin = puaskan nafsu/seks semata-mata.
boleh gitu?

Tuesday, February 1, 2011

....dont trust stranger....

ada orang pesan kat cikFarah : dont trust stranger.
yup. betul.
tp dalam kes ni, dia tu bukan stranger but someone to me.
so i trust you as someone in my life not stranger.
someone that really mean a lot to me.


hope you get it!


berdua lebih baik

 berdua lebih baik kan?
heee
xD
tp ingat
bila berdua, pasti ada yg ketiga.

sekian.



ini muka jemu.

Sunday, January 23, 2011

kuMerindu

Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu...



Thursday, January 20, 2011

::thanks for nothing::

hey you,
thanks for nothing.
thanks sebab cari aku bila engkau x busy.
thanks sebab cari aku bila engkau  bosan.
thanks sebab cari aku bila engkau rasa nak cari.
thanks sebab buat aku macam patung yang xda perasaan.
thanks sebab tunjuk kat aku your true colors.  
thanks sebab buat aku benci engkau.
thanks for nothing.

yes, im talking about you.


Wednesday, January 19, 2011

[Re-Post] Kesempurnaan Itu Tiada...

kenapa manusia terutamanya orang2 disekeliling kita selalu je share benda2 yg best2 je ttg diri mereka..yg baik2 je ttg diri mereka..yg nmpk sempurna2 je ttg diri mereka...sampai akan terdetik dihati kita "kan bagus kalau aku jd cam si polan..si polan..si polan dan si polan..." tp ada ka org yg nk tunjuk kan keburukan/kekurangan diri sendiri? seolah2 membuka aib diri sendiri..xda kan??? kalau ada pon sgt jarang n cuma segelintir ja...

SO kenapa kita perlu terfikir :
"kan best jd cam dia ni..."
"untungnya jd cam budak tu..."
"bahagianya hidup dia..mcm xde masalah jew..."

tp hakikatnya mereka2 itu pon punya kekurangan/keburukan/kelemahan mereka tersendiri cuma kita ja yg xnmpk n xtahu sbb mereka x penah nk tonjolkan..thats mean kita dan mereka sama saja...punyai kelebihan dan kekurangan tetapi dari segi dan aspek yang berbeza!.


mood : motivasi untuk diri sendiri sbb kdg2 terdetik dihati..."kenapa hidup aku xsemudah org lain!"


my faveret quote :

" ku minta kepada Allah setangkai bunga segar,
Dia beri kaktus berduri..
ku minta rama rama,
Dia beri ulat berbulu..
ku sedih dan kecewa...
Namun kemudian kaktus itu berbunga,
indah sekali dan ulat itu bertukar menjadi rama2 yang cantik..
itulah jalan Allah, indah pada masanya..
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan,
tp Allah memberi apa yang kita perlukan..
kadang2 kita sedih..kecewa..terluka..
tp jauh diatas sana DIA sedang mengatur yang terbaik utk kita.."


kesimpulannya : apa yg terjadi pd kita skrg adalah apa yg kita perlukan so bersyukurlah..sesungguhnya kesempurnaan itu tiada pada semua manusia kecuali pada PenciptaNya.. :D

Friday, December 24, 2010

Typo #1

perkataan asal : Jiwa Kacau!


setelah typo jadi :


JAWA Kacau!


malu sekejap.
hakhakhak




nota kaki : jawa kacau tu lebih kurang macam dodol lah! Encik Wan tolong percaya k!
:D