Thursday, June 2, 2011

Kota Kasih Yang Terbina Semakin Rebah

penghujung waktu biarkan berlalu. apalah yang mampu kita ratapi lagi apabila kota kasih yang terbina semakin rebah ditiup angin kejauhan. sudah-sudahlah merenung masa indah sedang dia tidak pernah endah walau sepatah mengkhabarkan madah berbalutkan resah semakin kumal dalam kain gundah. apalah yang mampu kita ratapi lagi apabila pagar harap yang terpancang semakin reput di benam kealpaan. cukup-cukuplah bercerita mengimbau masa gembira sedang dia tidak pernah suka bahkan memberikan harapan lara berlatarkan mega duka penghujung titik terpadam segala. apalah yang mampu kita ratapi lagi apabila seri pelangi mewarnai langit diri hilang dalam hujan tegar sepi.


siang tadi waktu kerja time2 aku tgh mengalami tekanan perasaan melampau dapat pulak SMS jiwang dari sorang mamat yang kompom memang jiwang..SMS nya bila dibaca berbunyi seperti di atas..sender nya memang aku x kenal then aku dgn semangat waja nya reply balik :

Who are you?

then lama jugak baru dia reply :

Aku AJ!

ape - ape aje lah AJ oiii..ni mesti kes silap send..nak send kat org lain tp tersend kat aku...sian AJ..awek dia dah lupa sama dia nie...sabar ye AJ ye.....



No comments:

Post a Comment