Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label boria. Show all posts
Showing posts with label boria. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Cerita Basi 3 : 3 in 1

ini cerita basi last week jgk.
untuk berlaku adil, aku update lah jugak haa..
berlaku adil? apekahhh..~ 

aktiviti 1 : jumpa Chew Zhi Zhang.
beliau yang berbaju hitam tu. 
dia ni classmate aku time sekolah dulu merangkap my twin.
kami lahir pada hari yg sama, bulan yg sama, tahun yg sama, waktu berbeza.
dia mebi lahir waktu siang sbb tu dia cerah, aku waktu malam sbb tu aku gelap.
ok ke hipotesis gitu? XD
dia stay KL sekarang. Cina yg sgt open minded n memahami. 
dia bole je tunggu kat luar masjid time kita solat (time hangout sesame)
setiap kali jumpa mesti dia jer yg belanja. confirm.
dah la xyah puji banyak2. nnt dia perasan :P



makan.makan.makan.

ni gambar lama. aku siap buat contact picture lg gambar ni.


Aktiviti 2 : makan CKT
kalau nak makan Char Koew Teow dkt Permatang Pauh ni, pastikan anda datang pukul 6 ptg. jgn datang awal. walaupun awal 5 minit, anda tidak aku di entertain pon. so memandangkan kami dtg awal about half an hour, maka jadilah kami Tugu Negara disitu.


 makan lagi.


panaih2 pon pakai sweater ka? bajet New Road sungguh
:D



Aktiviti 3 : Night Market Batu Ferengghi 
memandangkan aku selalu sgt bg alasan time kawan2 ajak lepak, so kali ni aku setuju jelah utk join ke night market ni.
heeee
:D





 tshirt utk bdk kecik. aku ingat nak beli siap2 utk anak aku nanti tp bila pikirkan balik x jadilah sbb nya, jgn kata anak, bapak anak pon x nampak bayang lagi.
HAHA! 




hari yg memenatkan tetapi berbaloi. dan sangat2 berbaloi bila jumpa benda alah ni..

tadaaaaaa~~ 

comeeeeL kan?
tp kenapa dua?




nota kaki : semua gambar ehsan dari cikSitiZawiyahAzmi kecuali katakbiru/hijau/turquoise 

Sunday, December 26, 2010

B.O.R.I.A

tetiba teringin nak dgq lagu boria penang pulak.
ok dgn pantas poie cari kat youtube. 
youtube ye kawan2. bukan redtube.
eh eh aku x layan okie redtube, tahu melalui kawan2 lelaki jak.
(x caya sudah!)





Boria Anak Tanjung best!



ni pulak boria pesta pulau pinang

jom copy sikit tentang Boria ni

****

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia,
terutama Pulau Pinang. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu
lakonan (lawak jenaka) dan nyanyian. Kedua-dua segmen ini saling
bergantung di antara satu sama lain dalam menentukan mutu persembahan.
Pada asalnya, para pelakon boria adalah lelaki sahaja. Watak wanita yang
timbul akan dilakonkan oleh seorang lelaki yang memakai pakaian wanita
sambil merendahkan suaranya agar tidak selantang suara lelaki. Lakonan
akan dipenuhi dengan lawak jenaka yang sengaja direka untuk mengelikan
hati penonton. Jumlah pelakon biasanya enam orang.

Sebaik sahaja babak lakonan berakhir, muzik pula akan dimainkan
menandakan bermulanya bahagian kedua iaitu nyanyian. Si tukang karang
iaitu ketua penyanyi dalam setiap kumpulan, akan mendahului para kelasi
(penyanyi/penari latar) masuk ke pentas sambil memusing-musingkan “baton”
di tangan. Nyanyian di mulakan secara solo oleh tukang karang yang
kemudian diikuti oleh korus pihak kelasi.

*****

rupa2nya boria ni dikaitkan dgn peristiwa Karbala,
iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi
Suffian. Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu diperingati oleh
kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus pada 
10hb. Muharam di perkuburannya. Upacara itu dikenali sebagai takziy.

oooo baru cik Farah tahu.
kalau rajin nk baca banyak2 lagi, sila baca disini.
cik Farah pon main tanya lebai google jek.
:D






nota kaki : entry ni sepatutnya dipublish siang td..tp x sempat.
so sambung malam.