Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 26, 2010

B.O.R.I.A

tetiba teringin nak dgq lagu boria penang pulak.
ok dgn pantas poie cari kat youtube. 
youtube ye kawan2. bukan redtube.
eh eh aku x layan okie redtube, tahu melalui kawan2 lelaki jak.
(x caya sudah!)





Boria Anak Tanjung best!



ni pulak boria pesta pulau pinang

jom copy sikit tentang Boria ni

****

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia,
terutama Pulau Pinang. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu
lakonan (lawak jenaka) dan nyanyian. Kedua-dua segmen ini saling
bergantung di antara satu sama lain dalam menentukan mutu persembahan.
Pada asalnya, para pelakon boria adalah lelaki sahaja. Watak wanita yang
timbul akan dilakonkan oleh seorang lelaki yang memakai pakaian wanita
sambil merendahkan suaranya agar tidak selantang suara lelaki. Lakonan
akan dipenuhi dengan lawak jenaka yang sengaja direka untuk mengelikan
hati penonton. Jumlah pelakon biasanya enam orang.

Sebaik sahaja babak lakonan berakhir, muzik pula akan dimainkan
menandakan bermulanya bahagian kedua iaitu nyanyian. Si tukang karang
iaitu ketua penyanyi dalam setiap kumpulan, akan mendahului para kelasi
(penyanyi/penari latar) masuk ke pentas sambil memusing-musingkan “baton”
di tangan. Nyanyian di mulakan secara solo oleh tukang karang yang
kemudian diikuti oleh korus pihak kelasi.

*****

rupa2nya boria ni dikaitkan dgn peristiwa Karbala,
iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi
Suffian. Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu diperingati oleh
kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus pada 
10hb. Muharam di perkuburannya. Upacara itu dikenali sebagai takziy.

oooo baru cik Farah tahu.
kalau rajin nk baca banyak2 lagi, sila baca disini.
cik Farah pon main tanya lebai google jek.
:D






nota kaki : entry ni sepatutnya dipublish siang td..tp x sempat.
so sambung malam.

No comments:

Post a Comment