Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 23, 2010

Hanis Zalikha - Sakit tak pakai braces?


baru2 ni cik Farah ada baca blog Hanis Zalikha yg pemes tuh.
baca entry dia tentang pakai braces.
jap nak paste skit intro entry die.

*****
Apa itu braces? Braces ialah besi-besi yang mendakap gigi kita supaya dia beratur elok-elok. Bunyinya macam baikkan? Tapi ia juga suka memerangkap makanan di celah gigi dan buruk benor rupa pemakai apabila cuba menyungkil keluar makanan tersebut menggunakan lidah. Selain sebagai alat pengumpul air liur berlebihan, braces juga menjuihkan bibir pemakai tak semena-mena. Kadangkala, di awal pemakaian braces, susah hendak tutup mulut dengan sopan apabila bibir atas sering sukar bertemu bibir bawah apabila ada braces di antara mereka sebagai penghalang. Hehehehehehe siapa nak pakai braces mesti dah geli habis, terus sanggup terima gigi terabur dan susunan tidak hygenic.

*********


bila baca jek intro tu cik Farah dah tergelak besar. macam perli aku jek!
hekhekhek
tp sgt betul la statement cik Hanis tu.

AIR LIUR MMG SELALU TERKUMPUL okie!

n

SUSAH NK TUTUP MULUT SBB BIBIR ATAS N BAWAH SUSAH NK BERTEMU GARA2 BRACES SEBAGAI PENGHADANG

n


MENJUIHKAN BIBIR SI PEMAKAI
(cik Farah kerap ditegur tentang ini...arghh!)
xpecaya?
ok mari kita lihat bukti


ok nampak x?

kurang jelas?

ok

meh kita tgk yg lebih jelas.


tadaaaa...! terjuih kan?
buruk bebenor!
hikhikhik
tp xpe...sendiri yg buat pilihan ni kan.
:D



nota kaki : encik Wan pls take note. bkn salah cik Farah bila cik Farah nampak x comel ketika bibir camni :|
tp suma angkara BRACES...!
hekhekhek XD

Di Campak2kan Jek

lately ni henpon cik Farah yang mahal gile tu asyik kena campak2 je.
maksudnye begini.
bila pulang dari keje je. cik Farah men letak merata2 je henpon tu.
x amek kisah pon ada kat mana.
kadang2 still dlm beg keje.
lupa nak buk keluar.
nampak sgt menganaktirikan henpon sendiri kan.
ala lgppon bila dah ada kat rumah, henpon tu mmg xkan berbunyi.
dlm erti kata lain xde sapa pon nk contact cik Farah.
hikhik
kesian kan.


kalau kat ofis pon kadang2 FJ sms :
Yah, satg balik rehat singgah KH beli cabai melaka, bendi, tomato, etc etc etc

xpon kadang2 Bonda sms :
Kak, balik x tghari?


xpon kdg2 Adik sms :
Kak, belanja Amat MOL point..hehe


xpon kdg2 abg yg sulong sms :
Hg da katna

yang paling kerap Maybank2u sms bg TAC number :
66628 : RM0.00 MU : TAC requested for BUY ONLINE PAYMENT & other txns. TAC : 123456. Did not request? Call our hotline : 03-58914744
hikhik


xpon kadang2 Dato' E call :
Kakak, satg balik lunch tolong fax quotation yg bla bla bla tu. satg abah sms their fax number.



sbb tu cik Farah x amek pot pon bila dah ada kat rumah.
dah xde sapa nk calll or msg
gile macam L.O.S.E.R kan?
hikhik
xpelah yg penting
cik Farah hepi n jiwa x berserabut kan?
:D


comel kan encik katak tue?
:D

btw terima kasih encik henpon kerana dah berkhidmat dgn cik Farah hampir 5tahun

Nak Kena Kawin jugak ke?

skrg ni aku tgk ramai rakan-rakan sebaya yang dah kawen.
so?
so aku pon kena kawen jgk ke?
alamak.alamak.alamak.
camna nak kawen ni.


ok point 1.
camne nak kawen kalau belum dapat keja yang lebih stabil. kerja skrg pon x dapat nak stat saving lagi.
camne nak saving nye, asal dapat gaji jek FJ ajak cuti2 Malaysia.
gaji.travel.gaji.travel.gaji.travel.gaji.travel
abes la duit aku camni even setiap kali travel suma fully sponsored by FJ
(dahtu mana duit aku poie habeh? ntah! hee)
"eh, kau pempuan la cik Farah, sebuk pasal duit nape, bkn kau yg kena prepare duit hantaran pon! cis"
ewah ewah ewah kau ingat nk kawen suma org laki je ke kena tanggung.
at least barang2 utk hantaran kena la jgk beli guna duit sendiri kan.
pendek kata kena la ada jgk duit nye.
tp byk kes skrg ni duit xda tp nak belagak je lebih.
huh. mintak2 xjd kat aku camtu.
pasni kena stat kumpul duit.
nak kawen wei!


ok point 2.
rasa mcm belum bersedia jek nak pikul tanggungjawab dan komitmen sbg seorang isteri.
wah besar tu amanah nye. kau dah sedia ke. dah puas enjoy ke. dah tercapai ke suma impian kau.(impian yg maybe x dpt nk dicapai sbb dah berkomitmen). ok kau fikir la sendiri.
teringat masa kelas ISU2 KEKELUARGAAN time aku belajar kat ukm dulu. ni subjek PB (Pilihan Bebas). lecturer dia mmg sempoi gile, Dr Johari aka Dr. Joe.
Dr Joe cakap kahwin ni melibatkan 3 pekara utama iaitu tanggungjawab, komitmen n satu lagi aku lupa..(sambil menunjukkan 3jari beliau yg hampir kedut tu..dah tua kan :D)
n Dr Joe selalu pesan : JANGAN KAHWIN UTK CERAI.
maksud beliau, kahwin la bila kita dah betul2 bersedia utk berkomitmen dan bersedia utk memikul tanggungjawab dan amanah yg bakal diberikan.
(tp kalau dah jodoh nk buat camna kan..terima jek)
Dr Joe pon risau la kot sbb kes penceraian kat Malaysia ni kan maken meningkat.

p/s : Dr Joe..cik Farah rindu nak dgr lecture2 you..sempoi habes ok


ok point yg paling utama.
CALON pon xde lagi.
ni mmg main point nye ok.
cik Farah x laku ke?
hahaha
lebih kurang la kot.
ok makcik2 ibu2 bapak2 pakcik2 yang mana ada anak hensem yg still single n available bole la datang pinang saya ye.
asal balik kampung je mesti dapat soalan2 yg sgt selalu diajukan

"cheq ni bila nak kawen?"

"kakak bila nak kawen?"

"Farah bila nak kawen? eh bukan dah umoq 24 ka?"

"kak Farah bila nak kawen?"

"kak Yah bila nak kawen?"

"hang ni mengaji universiti habeh dah..keja dah..menikah ja dak lagi. nak jd anak dara tua macam tuuuut tu ka?"

http://www.emocutez.com



jawapan :

"NAK KAWEN CAMNA, CALON XDAK LAGI"

*pastu semua org x percaya dgn jawapan aku..apekah??*
kalau ada calon cheq kawen dh la tokcik wei


ok kepada sepupu pempuan aku yg nak kawen, sila la kawen.
xyah tunggu kak Yah/kak Farah hampa ni okie.
langkah jek bendul tu, aku x kesah pon
:D



nota kaki : tp kalau dah jodoh tu, tua ke muda ke, cukup duit ke x, sedia ke x...jodoh tu tetap akan dtg cuma terpulang kpd kita bagaimana utk manage benda tu... suma org ada jodoh masing2 cuma bezanya cepat n lambat je kan.
oi oi oi cik Farah pjg pulak kau membebel yek. dah dah gi sambung buat keje!
ok Bye!




-Not That Type of Lady-

td kat twitter ada org twit2 tajuk lagu ni.
lagu feveret cik Farah masa mudamudi dulu.
dulu kalau kuar kat tv lagu ni mmg teruja la cik Farah.
lagu n vc dia sgt cool okie.
suka sgt.
:D


Kata Pujangga


Perlu Menghargai Untuk Dihargai

(Farah Wahidah MNAR, Disember 2010)

X Bersyukur ke?

kdg2 rasa mcm cik Farah ni x bersyukur plak dgn apa yang dianugerahkan selama ni.
bersyukur la cik Farah dgn apa yg ada.
org lain nun lg susah life mereka dari cik Farah

syukur.syukur.syukur.
Alhamdullilah. Thank You Allah





tgh tunggu ENcik Mood dtg utk buat keje. dtg la cepat syg!

Wednesday, December 22, 2010

Bracket tercabut?!

tgh sedap2 makan buah betik tiba2 rasa tergigit satu benda alah yg kenyal2 gitu.
apekahh???
bracket tercabut ke!!?
habes la. habes la. habes la.
bwk kuar benda alah tu dari mulut.
jeng jeng jeng.
oh biji betik rupa nya.
biji betik yang masih muda. (belum jd kaler hitam)
huh.
ok. sambung makan n discussion tentang flowflow
masih kurang paham tentang itu.
dan masih menunggu explanation dari seseorang
^_^




nota kaki : bracket adalah besi2 kecik (yg berwarna tu) yang melekat kat gigi pemakai braces.

jap. letak gambar la senang.
senang paham


ralat : yg berwarna tu band/getah dia je.
sila rujuk gambar utk lebih phm

Main-Main

12.00pm.
dah malas nk buat keja.
main-main sat.
kul 1pm nak balik makan.
perut dah bunyik-bunyik.
main-main buat titanic.




Tuesday, December 21, 2010

Ada Kau Kesah?

post kali ni nak tinggalkan cik Farah sekejap.


skrg ni kan aku rasa dah malas nk ambil berat pasai org.
yelahh..
aku je terhegeh2 amek berat pasai mereka tp mereka??
aku je selalu menadah mata utk membaca luahan2 hati mereka?
luahan2 hati aku ada mereka kisah?
aku je selalu bg nasihat tu..nasihat ni time mereka bermasalah.
time aku bermasalah? jgn kata bg nasihat,layan pon gitu2 je.
mcm xnak amek tahu!!!
ok fine.
mebi aku yg terlalu baik sgt kot.
dah letih jadi baik.
dah letih mengorbankan diri sendiri utk menjaga hati org lain.
org lain?
ada kau kesah?
xde kan?
kalau mereka bermasalah or tengah tekanan aku x penah x layan.
aku layan kan je sampai mereka cool balik.
kalau time mereka tekanan, send sms panjang lebar pot pet pot pet.
aku reply jgk panjang2.
kalau time aku tekanan n sms panjang2?
mereka reply gitu2 je.
x membantu langsung.
reply sekadar syarat agaknya.
rasa x dihargai langsung!
rasanya mereka x sedar kot yg perbuatan mereka hurts org lain.
mebi mereka spesis yang xda perasaan.
just pikirkan perasaan sendiri je.
time ada masalah/tekanan mereka cari org utk luahankan/release.
bila org plak bermasalah, mereka seolah2 xmahu di drag sekali ke dalam masalah tersebut.
senang cita. mereka malas nak amek kesah la.
mereka malas nk pikir tentang masalah org.
mereka malas nk pkir nasihat apa nak bg.

kau punya masalah, kau punya lah!
aku punya masalah, aku dan kau punya lah!

mebi mereka fikir mcm di atas kot.
ape2 je lah.
ada kau kesah?
x kot!


you know who are you rite?
btw Terima Kasih


sekian luahan hati utk malam ni.
-Peace-
:D



Monday, December 20, 2010

Sama Kan!!?? ^_^

sama kan????
wah x sangka taste cik Farah sama dgn Shahir AF
hahaha
Shahir ni sejak pakai braces makin hensem plak kan?









lepas tgk pic shahir AF ni dgn segera cik Farah poie cari gambar ni.
gambar ni dah berbulan2. time jalan2 cari makan satu Penang.
time ni cik Farah x pkai braces lg
:D

Eksiden..

pagi2 time cik Farah nak poie koje ada satu eksiden..
menyebabkan jem yg sgt teruk (tipu je)
cuma jalan ditutup.
so cik Farah kena guna jalan jauh sikit.
alkisahnya lori yang bawak tile ni terbalik time nk kona.
kona baring agaknya n mebi agak laju sbb turun bukit kan.
time cik Farah lalu nampak badan lori je.kepala x nampak pon.
nampak x kren tgh angkat badan lori tu?
badan lori tu nampak cam dah buruk je.papan yang buat badan dia pon nampak nipis je.
mesti lebih muatan ni.....
harap2 xda kemalangan jiwa mahupun yg cedera




eh abg helmet merah ni.tgk depan la.
nnt kau plak yg eksiden.




pesanan penaja : pandu cermat, jiwa selamat
biar lambat, asalkan poie koje.






cita lain plak.






arini poie koje cik Farah pakai baju kurung sari.
ala kain yg ala2 sari tu.
design cam sari skit n kedut2 kainnya.
kain pensyen ni femes gile time cik Farah form 5 dulu.
lebih kurang 8tahun yang lalu.
thats mean baju ni pon dah berusia 8 tahun.
kain ni dulu member baik cik Farah yang bagi. lebih tepat parent dia yang bagi.
tp ayah dia dah xde. dah meninggal last year :"(
baru2 ni cik Farah godek2 kotak baju yang lama2.
tgk baju ni elok je lagi so cik Farah decide nak pakai utk poie koje.
sekian, nak buat koje. Encik mood dah sampai!
:D


Sunday, December 19, 2010

Petai

tetiba cik Farah teringin nak makan sambal petai pulak.
sejak pakai braces x makan sambal petai pon lagi.
hujan2 ni susah nk dapat petai.
kat pasar malam mesti jual mahal2.
huh.
sambal petai mmg my feveret.
nasik kosong dgn sambal petai sahaja pon cukup la.
bole tambah nasik dua tiga kali.

tp cik Farah suka sambal petai yg dimasak oleh Bonda atau FJ je.
kdg2 org lain buat dorang letak bawang puith.
itu x suke.
lg satu cik Farah suka petai + udang.
kalau petai + ikan bilis pon ok la tp x berapa minat sgt.

tp ramai yang x suka petai sbb bau dia.

cik Farah rasa nak cari guy yg makan petai utk dibuat calon suami.
anyone?
heee
XD






ni pic lama..godek2 dalam pc terjumpa plak

Insaf x?

insaf x bila tgk benda alah ni?
huhuhu
:|



+++



+++



+++



+++






nak jgk letak pic cik Farah

Friday, December 17, 2010

NASIHAT LUKMAN AL HAKIM

Hai Anakku! Bila engkau menghadapi 2 pilihan, menziarahi orang mati atau menghadiri majlis perkahwinan maka hendaklah engkau memilih menziarahi orang mati. Sebab menziarahi orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada akhirat. Sedangkan menghadiri majlis perkahwinan itu hanyalah akan mengingatkan kamu kesenangan duniawi sahaja.


********

copy paste dari status fesbuk bos cik Farah.
cik Farah baru bercadang nak bangun lambat esok.
hihihi
tp nampak gaya nye kena bangun awal jgk la sbb nak gi ziarah sedara meninggal kat BaLiK PuLaU.
Innalillah...Al-Fatihah utk arwah tok lang..

masa utk cik Farah
zzZZzz
:)