Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 27, 2010

Abg suka isap Semua VS Mohd Nazrul AbgKuat

Title entry pon dah mcm euwwww ja kan?
haha!
td pagi2 lg dah dapat ym request dari abg suka isap pulak.
apekah?!
abg suka isap rupanya..i tot abg kuat isap.
b4 ni kat fb pon ada jgk abg nk add as fren.
tp yg tu Abg Kuat!
hahaha.
suka sungguh Abang2 ni kat aku ek?
berkenan sungguh abg2 ni kat cik Farah yg gojes ini.
:D
Abg suka isap semua.
ape yg kau suka isap abg oi?
tulah dulu kecik2 xnak isap puting puas2




                                         
Abg ni badang ke hape.
kuat sgt la tu eh.





nota kaki : xda! :D

Sunday, December 26, 2010

-Cik Wan-

disebabkan benda alah ni la cik Farah hangin dgn cik Wan dari Bandages Manufacturing aritu.
heeee.
xpasai2 jak sound2 dia dalam email.
huahuahua.
mau cik Farah x hangin, cik Farah pon duk kena push dgn FJ.
huh!
 okie skrg dah x marah.
Thanks cik Wan, nnt we all order lagi oke!
:D












nota kaki : tolong jgn confuse antara cik Wan dgn encik Wan ye! dua individu yg berbeza dari segala segi termasuk segi jantinanya. 
haha! XD

Tanggal 27 December 2010

ya Allah ya Tuhan ku yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Kau berikanlah keadilan yang sepenuhnya terhadap hambaMu ini.
Sesungguhnya Engkau lah yang lebih mengetahui.
T_T

Kata Pujangga #2

Saya boleh jadi baik dan boleh jadi jahat. 
Ikut suasana.

(......, 25 Dec 2010)



nota kaki : ayat asal telah diolah supaya sesuai utk tontonan umum

B.O.R.I.A

tetiba teringin nak dgq lagu boria penang pulak.
ok dgn pantas poie cari kat youtube. 
youtube ye kawan2. bukan redtube.
eh eh aku x layan okie redtube, tahu melalui kawan2 lelaki jak.
(x caya sudah!)





Boria Anak Tanjung best!



ni pulak boria pesta pulau pinang

jom copy sikit tentang Boria ni

****

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia,
terutama Pulau Pinang. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu
lakonan (lawak jenaka) dan nyanyian. Kedua-dua segmen ini saling
bergantung di antara satu sama lain dalam menentukan mutu persembahan.
Pada asalnya, para pelakon boria adalah lelaki sahaja. Watak wanita yang
timbul akan dilakonkan oleh seorang lelaki yang memakai pakaian wanita
sambil merendahkan suaranya agar tidak selantang suara lelaki. Lakonan
akan dipenuhi dengan lawak jenaka yang sengaja direka untuk mengelikan
hati penonton. Jumlah pelakon biasanya enam orang.

Sebaik sahaja babak lakonan berakhir, muzik pula akan dimainkan
menandakan bermulanya bahagian kedua iaitu nyanyian. Si tukang karang
iaitu ketua penyanyi dalam setiap kumpulan, akan mendahului para kelasi
(penyanyi/penari latar) masuk ke pentas sambil memusing-musingkan “baton”
di tangan. Nyanyian di mulakan secara solo oleh tukang karang yang
kemudian diikuti oleh korus pihak kelasi.

*****

rupa2nya boria ni dikaitkan dgn peristiwa Karbala,
iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi
Suffian. Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu diperingati oleh
kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus pada 
10hb. Muharam di perkuburannya. Upacara itu dikenali sebagai takziy.

oooo baru cik Farah tahu.
kalau rajin nk baca banyak2 lagi, sila baca disini.
cik Farah pon main tanya lebai google jek.
:D






nota kaki : entry ni sepatutnya dipublish siang td..tp x sempat.
so sambung malam.

B.e.r.s.o.s.i.a.L

okie malas nk taip.
letak gambar jek.
tempat apa tah la kawan2 aku bawak pergi.
high class gila. aku dah la perak buih (jakun)
huh.!

peringatan : jgn sebuk2 nak poie jgk ke Penang (island) time2 hari Sabtu plus Krismas.
bapak jem!
xsuke jem2.
kalau dgn bf xpe.
:D














yg dtg sini semua bawak kamera mahai2/canggih2.
sapa yg minat photography sila la dtg. 






pic semua blur2.
jgn salahkan camera.
salahkan photographer.
rasa mcm nk kawen dgn photographer, mesti jimat duit time kahwin nnt.
pengantin amek gambar sendiri.
:D




nota kaki : td dapat satu SMS dari sorang BANGLA HENSEM, bila dibaca bunyinya begini :
"GILA!"
sampai hati encik bangla ni! hahaha


Saturday, December 25, 2010

Sepanjang Minggu...

Sepanjang minggu ni tidur ku asyik terganggu ja.
xtau pasepa.
asyik terjaga around kul 3-4pagi.
setiap hari camtu.
isnin-sabtu.
kenapa ek!?
then asyik termimpi seorang makhluk tuhan paling seksi seksa tu je.
kau ni dah kenapa cik Farah oi.
angau ke apa.
dah la. gi kawen cepat2 la kau ni!

Friday, December 24, 2010

Typo #1

perkataan asal : Jiwa Kacau!


setelah typo jadi :


JAWA Kacau!


malu sekejap.
hakhakhak




nota kaki : jawa kacau tu lebih kurang macam dodol lah! Encik Wan tolong percaya k!
:D

Bukan Diriku



Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu

Bukanlah diriku



nota kaki : dgr lagu ni sambil layan perasaan mmg feeling habes!
:D

Y.A.H


1 month, 3 weeks & 1 day




Thursday, December 23, 2010

Hanis Zalikha - Sakit tak pakai braces?


baru2 ni cik Farah ada baca blog Hanis Zalikha yg pemes tuh.
baca entry dia tentang pakai braces.
jap nak paste skit intro entry die.

*****
Apa itu braces? Braces ialah besi-besi yang mendakap gigi kita supaya dia beratur elok-elok. Bunyinya macam baikkan? Tapi ia juga suka memerangkap makanan di celah gigi dan buruk benor rupa pemakai apabila cuba menyungkil keluar makanan tersebut menggunakan lidah. Selain sebagai alat pengumpul air liur berlebihan, braces juga menjuihkan bibir pemakai tak semena-mena. Kadangkala, di awal pemakaian braces, susah hendak tutup mulut dengan sopan apabila bibir atas sering sukar bertemu bibir bawah apabila ada braces di antara mereka sebagai penghalang. Hehehehehehe siapa nak pakai braces mesti dah geli habis, terus sanggup terima gigi terabur dan susunan tidak hygenic.

*********


bila baca jek intro tu cik Farah dah tergelak besar. macam perli aku jek!
hekhekhek
tp sgt betul la statement cik Hanis tu.

AIR LIUR MMG SELALU TERKUMPUL okie!

n

SUSAH NK TUTUP MULUT SBB BIBIR ATAS N BAWAH SUSAH NK BERTEMU GARA2 BRACES SEBAGAI PENGHADANG

n


MENJUIHKAN BIBIR SI PEMAKAI
(cik Farah kerap ditegur tentang ini...arghh!)
xpecaya?
ok mari kita lihat bukti


ok nampak x?

kurang jelas?

ok

meh kita tgk yg lebih jelas.


tadaaaa...! terjuih kan?
buruk bebenor!
hikhikhik
tp xpe...sendiri yg buat pilihan ni kan.
:D



nota kaki : encik Wan pls take note. bkn salah cik Farah bila cik Farah nampak x comel ketika bibir camni :|
tp suma angkara BRACES...!
hekhekhek XD

Di Campak2kan Jek

lately ni henpon cik Farah yang mahal gile tu asyik kena campak2 je.
maksudnye begini.
bila pulang dari keje je. cik Farah men letak merata2 je henpon tu.
x amek kisah pon ada kat mana.
kadang2 still dlm beg keje.
lupa nak buk keluar.
nampak sgt menganaktirikan henpon sendiri kan.
ala lgppon bila dah ada kat rumah, henpon tu mmg xkan berbunyi.
dlm erti kata lain xde sapa pon nk contact cik Farah.
hikhik
kesian kan.


kalau kat ofis pon kadang2 FJ sms :
Yah, satg balik rehat singgah KH beli cabai melaka, bendi, tomato, etc etc etc

xpon kadang2 Bonda sms :
Kak, balik x tghari?


xpon kdg2 Adik sms :
Kak, belanja Amat MOL point..hehe


xpon kdg2 abg yg sulong sms :
Hg da katna

yang paling kerap Maybank2u sms bg TAC number :
66628 : RM0.00 MU : TAC requested for BUY ONLINE PAYMENT & other txns. TAC : 123456. Did not request? Call our hotline : 03-58914744
hikhik


xpon kadang2 Dato' E call :
Kakak, satg balik lunch tolong fax quotation yg bla bla bla tu. satg abah sms their fax number.



sbb tu cik Farah x amek pot pon bila dah ada kat rumah.
dah xde sapa nk calll or msg
gile macam L.O.S.E.R kan?
hikhik
xpelah yg penting
cik Farah hepi n jiwa x berserabut kan?
:D


comel kan encik katak tue?
:D

btw terima kasih encik henpon kerana dah berkhidmat dgn cik Farah hampir 5tahun

Nak Kena Kawin jugak ke?

skrg ni aku tgk ramai rakan-rakan sebaya yang dah kawen.
so?
so aku pon kena kawen jgk ke?
alamak.alamak.alamak.
camna nak kawen ni.


ok point 1.
camne nak kawen kalau belum dapat keja yang lebih stabil. kerja skrg pon x dapat nak stat saving lagi.
camne nak saving nye, asal dapat gaji jek FJ ajak cuti2 Malaysia.
gaji.travel.gaji.travel.gaji.travel.gaji.travel
abes la duit aku camni even setiap kali travel suma fully sponsored by FJ
(dahtu mana duit aku poie habeh? ntah! hee)
"eh, kau pempuan la cik Farah, sebuk pasal duit nape, bkn kau yg kena prepare duit hantaran pon! cis"
ewah ewah ewah kau ingat nk kawen suma org laki je ke kena tanggung.
at least barang2 utk hantaran kena la jgk beli guna duit sendiri kan.
pendek kata kena la ada jgk duit nye.
tp byk kes skrg ni duit xda tp nak belagak je lebih.
huh. mintak2 xjd kat aku camtu.
pasni kena stat kumpul duit.
nak kawen wei!


ok point 2.
rasa mcm belum bersedia jek nak pikul tanggungjawab dan komitmen sbg seorang isteri.
wah besar tu amanah nye. kau dah sedia ke. dah puas enjoy ke. dah tercapai ke suma impian kau.(impian yg maybe x dpt nk dicapai sbb dah berkomitmen). ok kau fikir la sendiri.
teringat masa kelas ISU2 KEKELUARGAAN time aku belajar kat ukm dulu. ni subjek PB (Pilihan Bebas). lecturer dia mmg sempoi gile, Dr Johari aka Dr. Joe.
Dr Joe cakap kahwin ni melibatkan 3 pekara utama iaitu tanggungjawab, komitmen n satu lagi aku lupa..(sambil menunjukkan 3jari beliau yg hampir kedut tu..dah tua kan :D)
n Dr Joe selalu pesan : JANGAN KAHWIN UTK CERAI.
maksud beliau, kahwin la bila kita dah betul2 bersedia utk berkomitmen dan bersedia utk memikul tanggungjawab dan amanah yg bakal diberikan.
(tp kalau dah jodoh nk buat camna kan..terima jek)
Dr Joe pon risau la kot sbb kes penceraian kat Malaysia ni kan maken meningkat.

p/s : Dr Joe..cik Farah rindu nak dgr lecture2 you..sempoi habes ok


ok point yg paling utama.
CALON pon xde lagi.
ni mmg main point nye ok.
cik Farah x laku ke?
hahaha
lebih kurang la kot.
ok makcik2 ibu2 bapak2 pakcik2 yang mana ada anak hensem yg still single n available bole la datang pinang saya ye.
asal balik kampung je mesti dapat soalan2 yg sgt selalu diajukan

"cheq ni bila nak kawen?"

"kakak bila nak kawen?"

"Farah bila nak kawen? eh bukan dah umoq 24 ka?"

"kak Farah bila nak kawen?"

"kak Yah bila nak kawen?"

"hang ni mengaji universiti habeh dah..keja dah..menikah ja dak lagi. nak jd anak dara tua macam tuuuut tu ka?"

http://www.emocutez.com



jawapan :

"NAK KAWEN CAMNA, CALON XDAK LAGI"

*pastu semua org x percaya dgn jawapan aku..apekah??*
kalau ada calon cheq kawen dh la tokcik wei


ok kepada sepupu pempuan aku yg nak kawen, sila la kawen.
xyah tunggu kak Yah/kak Farah hampa ni okie.
langkah jek bendul tu, aku x kesah pon
:D



nota kaki : tp kalau dah jodoh tu, tua ke muda ke, cukup duit ke x, sedia ke x...jodoh tu tetap akan dtg cuma terpulang kpd kita bagaimana utk manage benda tu... suma org ada jodoh masing2 cuma bezanya cepat n lambat je kan.
oi oi oi cik Farah pjg pulak kau membebel yek. dah dah gi sambung buat keje!
ok Bye!




-Not That Type of Lady-

td kat twitter ada org twit2 tajuk lagu ni.
lagu feveret cik Farah masa mudamudi dulu.
dulu kalau kuar kat tv lagu ni mmg teruja la cik Farah.
lagu n vc dia sgt cool okie.
suka sgt.
:D